MENYAHUT SERUAN UNIVERSITI
Sebagai alumni Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), pengiktirafan ini turut membawa satu amanah dan tanggungjawab yang lebih besar.
Seiring dengan seruan m UniMAP agar para alumni kembali menyumbang kepada universiti, Zaha Bina komited untuk terus memainkan peranan dalam memperkukuhkan ekosistem pendidikan dan pembangunan universiti.
Sumbangan tersebut boleh diterjemahkan melalui perkongsian pengalaman industri, peluang latihan industri dan kerjaya, pembangunan keusahawanan, penajaan program serta kerjasama strategik yang mampu memberi manfaat kepada mahasiswa dan generasi alumni UniMAP pada masa hadapan. |